Skip to content

Hebifansubs (Malay) ヘビ

Kami Bertarung Untuk Mensari Kata

  • Laman Utama
  • DUNIA ONE PIECE
  • Berita & Info
  • Senarai Anime
  • Torrents
  • Telegram
  • Info Kami
  • Toggle search form

Ano Hana

Sinopsis

Sekumpulan enam kanak-kanak berpisah setelah salah seorang dari mereka, Meiko “Menma” Honma, mati dalam satu kemalangan. Sepuluh tahun selepas kejadian itu, pemimpin kumpulan, Yadomi Jinta, telah dipulaukan oleh masyarakat dan hidup secara berkurung. Suatu hari di musim panas, susuk Menma yang lebih tua muncul dihadapannya dan meminta hasratnya ditunaikan, disebabkan itu dia tidak dapat tenang di akhirat sehingga ianya ditunaikan. Pada mulanya, dia hanya saja-saja mencuba untuk membantunya kerana merasakan itu adalah halusinasinya. Tapi memandangkan Menma tak ingat apa permintaannya, Jinta mengumpulkan semua rakan lamanya untuk bersama sekali lagi, mempercayai yang mereka adalah kunci kepada penyelesaian masalah ini. Kesemua rakannya menyertai dia, walaupun kebanyakkan dari mereka terasa berat hati.

Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin buruk apabila rakannya menuduh dia tak redha dengan kematian Menma, bagi Jinta yang satu-satunya yang dapat melihat susuk Menma dan rakan-rakannya merasakan dia hanya berkhayal. Tapi setelah semuanya berjalan lancar, terungkai juga dimana bukan sahaja Jinta diantara kumpulan itu yang menghadapi masalah melepaskan kisah lama. Ia mendedahkan dimana keseluruhan ahli kumpulan menyalahkan diri masing-masing diatas kematian Menma dan menyembunyikan perasaan masing-masing. Bersama dengan perasaan perit dari keluarga Menma, mereka berjuang sebagaimana mereka membesar dari cuba untuk membantu Menma redha, juga untuk membantu mereka redha dengan kematiannya.

EP09EP10EP11MOVIE
EP05EP06EP07EP08
EP01EP02EP03EP04
~kami bertarung untuk mensarikata~

Copyright © 2023 Hebifansubs (Malay) ヘビ.

Powered by PressBook Dark WordPress theme